Hospital KinabatanganHospital Kinabatangan

Hospital Kinabatangan

Prihatin Penyayang Profesionalisma

Soalan lazim unit kerja sosial perubatan  764 reads

Pengenalan    Perkhidmatan   Hubungi kami   Soalan lazim   Muat turun

 

Soalan lazim

 

Soalan Umum

1. Adakah Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) ini merupakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?

Tidak, UKSP adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala JKM adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

2. Apakah jenis-jenis kes yang dikendalikan?

  • Penyakit akut / kronik
  • Penderaan kanak-kanak
  • Keganasan rumah tangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Keganasan seksual
  • Pesakit terdampar
  • Masalah tingkah laku
  • HIV positif / AIDS
  • Ketagihan dadah / alkohol
  • Cubaan bunuh diri
  • Orang kurang upaya

3. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan?

Pesakit mestilah mendapat rawatan di Hospital KInabatangan dan dirujuk oleh doktor pakar ataupun pegawai perubatan dengan Borang Rujukan Unit Kerja Sosial Perubatan.

4. Bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan secara “walk-in” dan tanpa rujukan?

Tidak boleh, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada doktor pakar ataupun pegawai perubatan di Hospital Kinabatangan.

5. Sekiranya saya dirujuk, apakah yang saya perlu bawa bersama-sama?

Sila muat turun senarai semak di bahagian MUAT TURUN.

6. Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan UKSP sekiranya hospital / klinik kesihatan kerajaan di daerah Kinabatangan tidak mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan?

Bagi hospital atau klinik kesihatan yang tidak mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan, pesakit perlu dirujuk kepada pakar / pegawai perubatan di Hospital Kinabatangan.


 

Terapi Sokongan

1. Apakah jenis kes yang diberi perkhidmatan terapi sokongan?

  • Penjagaan pesakit kronik
  • Penjagaan pesakit paliatif
  • Cubaan bunuh diri
  • Keganasan rumah tangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Mangsa perkosaan
  • Penderaan kanak-kanak & bayi terdampar
  • Psikiatri / masalah sokongan keluarga
  • Orang kurang upaya
  • Anak angkat / penjagaan anak
  • HIV / AIDS / ketagihan
  • Pesakit yang enggan bekerjasama dengan proses rawatan disebabkan tiada sokong sosial / tekanan emosi
  • Penjagaan warga tua dengan masalah sosial dalam kalangan keluarga
  • Masalah tingkah laku

 

Bantuan Praktik

1. Apakah jenis kes yang diberi perkhidmatan bantuan praktik?

  • Pembiayaan peralatan perubatan
  • Bantuan pembiayaan rawatan
  • Bantuan pembiayaan ubat-ubatan
  • Bantuan am
  • Penempatan institusi
  • Mengesan waris

 

Print article