Hospital KinabatanganHospital Kinabatangan

Hospital Kinabatangan

Prihatin Penyayang Profesionalisma

Piagam Pelanggan  1147 reads

PIAGAM PELANGGAN

UNIT REKOD PERUBATAN 

  •  Baik, Mesra, Bertimbangrasa, HormatdanBersopanSantun, JujurdanIkhlas
  •  SetiapPelanggandiberijaminanbahawaRekodPerubatandansegalamaklumatmengenaipenyakitdanrawatanakandirahsiakan, disimpandenganselamatdanhanyadiberitahukepadapihaktertentudengankeizinannyatertaklukkepadaUndang-Undang
  •  SetiapPelangganakanmendapatkanLaporanPerubatandalammasa 14 hari (waktuberkerja) selepaspermohonandibuat.SekiranyaPiagaminitidakdipatuhi, silamaklumkankepadaPengarah Hospital, Hospital Kinabatangan

PIAGAM PELANGGAN

UNIT PERKHIDMATAN PENSTERILAN 

Komitmen kami adalah bertanggungjawab menyediakan semua peralatan dan barang-barang yang steril kepada pelanggan daripada wad-wad,dan klinik-klinik  berdekatan untuk pencegahan dan pengawallan  jangkitan.

  •  Memberi layanan yang baik kepada pelanggan.
  •  Pelanggan yang datang untuk menghantar dan mengambil barang semula akan dilayan tidak melibihi 10 – 15 minit.
  •  Peralatan kain atau barang-barang yang lain yang dibekalkan akan di sterilkan terlebih dahulu.
  •  Barang-barang yang steril adalah mencukupi untuk digunapakai di Hospital setiap hari atau masa ke semasa.
  •  Masa peralatan mula diterima,diperiksa ,dicuci,dikeringkan,dibungkus kemudian disucihama selama 120 – 180 minit jika dalam keadaan teratur dan baik.

PIAGAM PELANGGAN FARMASI PESAKIT LUAR

HOSPITAL KOTA KINABATANGAN

Kami berjanji :

  •  Setiap pelanggan akan dilayan secara professional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  •  Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
  •  Semua pelanggan layak  menyertai program Sistem Temujanji Farmasi atau Pharmacy Appointment System (PhAS) yang ditawarkan seperti SMS & Ambil, Telefon & Ambil SPUB dan sistem BEST untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.

 Untuk sebarang pertanyaan/maklumbalas, sila hubungi Pegawai Farmasi :

 Nama Pegawai Farmasi : Stefan Julius

No. Telefon Pejabat: 089-561858 (Ext: 118)

Emel   : sfan90@gmail.com

PIAGAM PELANGGAN WAD PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK HOSPITAL KINABATANGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra dan bersopan santun.
  • Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga mereka akan diberi maklumat sewajarnya mengenai  kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit diberikan katil yang telah siap sedia dalam masa 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Doktor dalam masa 45 minit.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan.
  • Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan kadar Healthcare Associated Infection (HCAI) tidakmelebihi 0.1%

PIAGAM PELANGGAN UNIT SAJIAN

Wad- wad akan dibekalkan dengan makanan pada waktu- waktu yang telah ditetapkan seperti berikut :

Jenis Hidangan :

Waktu :

Sarapan Pagi

7.30 pagi

Makan Tengahari

11.30 pagi

Minum Petang

2.30 petang

Makan Malam

4.30 petang

  • Makanan yang dibekalkan dijamin bermutu, berkhasiat, sihat dan bersih untuk dimakan.
  • Makanan yang dibekalkan mencukupi mengikut bilangan dan jenis makanan yang dipesan.
  • Makanan dan minuman yang disediakan adalah yang baru dimasak, segar serta menyelerakan.
  • Semua makanan yang disediakan dijamin Halal.

PIAGAM PELANGGAN KEBAJIKAN SOSIAL PERUBATAN

  • Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, sama-rata mengikut giliran, mesra, bertimbang rasa, penuh hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi bantuan yang sewajarnya mengikut keperluan dan kelayakan secara adil dan saksama. 
  • Memberi perkhidmatan secara telus dan professional.
  • Menjaga kehormatan dan kerahsiaan para pelanggan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya atau tertakluk kepada undang-undang.
  • Mengurus permohonan bantuan praktik yang telah lengkap dalam tempoh 1-2 minggu bergantung kepada kes.
  • Masa yang diambil bagi mengendalikan kes terapi sokongan adalah 45 minit – 1 jam bergantung kepada kes.
  • Setiap rujukan pesakit dalam akan diambil tindakan selewat-lewatnya dalam  48  jam.
  • Setiap rujukan Pesakit Luar  akan  diambil tindakan selewat-lewatnya dalam satu (1) minggu.

PIAGAM PELANGGAN UNIT DEWAN BEDAH

HOSPITAL KINABATANGAN 

  •  setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra,bertimbang rasa,hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
  • setiap pelanggan akan dijaga keselesaan,keselamatan,kepentingan dan kerahsiaannya.
  • setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai jenis prosedur,jenis pembiusan serta risikonya.
  • setiap pelanggan akan diberi penjagaan rapi semasa prosedur pembedahan berjalan ,selepas pembedahan dan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.

PIAGAM PELANGGAN UNIT FISIOTERAPI HOSPITAL KINABATANGAN

  • setiap pelanggan akan dilayan dengan senyuman, mesra dan bertimbangrasa.
  • pendaftaran pesakit selama 5 hingga 7 minit
  • setiap pesakit yang dirujuk hendaklah disertakan dengan borang rujukan yang lengkap
  • rawatan fisioterapi dan penilaian  mengambil masa dari 15 hingga 60 minit bergantung kepada jenis rawatan 

PIAGAM PELANGGAN UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

HOSPITAL KINABATANGAN

 Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra ,penyayang dan berkualiti.

 

1.Unit kecemasan dan trauma Hospital Kinabatangan beroperasi 24 jam sesuai untuk kes-kes kecemasan sahaja.

 

2. Semua kes kecemasan di terima dan di nilai mengikut keutamaan keseriusan kes melalui system triage oleh kakitangan terlatih.

 

  a.Kes kritikal (Traige Merah) akan di layan dan di rawat serta-merta bagi penyelamtan nyawa ditahap

optima.

 

b.Semi kritikal (Traige Kuning) akan dilayan dan dirawat dalam tempoh 0-30minit selepas semua kes d

zon kritikal distabilkan.

 

c. Tidak Kritikal (Traige Hijau) akan dilayan dan dirawat dalam tempoh 30-90minit selepas semua kes di

zon merah dan kuning distabilkan.

 

3. Perkhidmatan Ambulan akan bergerak kelokasi panggilan kecemasan berdata lengkap dalam tempoh 5 minit selepas menerima panggilan.

 

4.Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa rekod perubatan, segala maklumat mengenai pesakit, rawatan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

 

Tanggungjawab pelanggan, memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kakitangan Unit Kecemasan dan Trauma semasa mengasingkan kes-kes kritikal dan semi kritikal bagi penyelamatan nyawa ditahap yang optima.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PEMULIHAN CARAKERJA HOSPITAL KINABATANGAN

  • setiap pelanggan akan dilayan dengan,baik,mesra bertimbangrasa,hormat,sopan santun,jujur dan ikhlas
  • setiap pelanggan akan diberikan pendidikan pesakit berpandukan diagnosa
  • setiap pesakit luar yang dirujuk akan menerima rawatan/pemulihan pada hari yang sama selepas diaftarkan dalam masa 5-10 minit
  • setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas diaftarkan
  • rawatan susulan/ulangan akan diberi mengikut temujanji

PIAGAM PELANGGAN UNIT PESAKIT LUAR HOSPITAL KINABATANGAN

 

  •  Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,jujur bertimbang rasa,hormat ,bersopan santun dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
  • Semua pelanggan akan diberikan perkhidmatan mengikut giliran.
  • Proses pendaftaran pesakit akan dilakukan dalam masa 10 minit
  • Pemeriksaan akan dilakukan dalam masa 45 minit selepas pendaftaran pesakit
  • Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan

   *maklumat temujanji

   * Surat Rujukan (Jika Perlu)

PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK HOSPITAL KINABATANGAN

  •  setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun serta jujur dan ikhlas. 
  • setiap pesakit diberikan jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan x-ray.
  • setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur pemeriksaan x-ray.
  • setiap pesakit yang memerlukan temujanji akan diberikan tarikh temujanji dan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan x-ray.
  • masa untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan mendapatkan filemnya adalah dalam masa 25 minit sahaja.

  • keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kemalangan dan kecemasan, warga tua dan kanak-kanak.

PIAGAM PELANGGAN WAD O&G /NURSERY HOSPITAL KINABATANGAN

 

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra dan bersopan santun.
  • Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga mereka akan diberi maklumat sewajarnya mengenai kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit diberikan katil yang telah siap sedia dalam masa 10 minit.
  •  Setiap pesakit diperiksa oleh doktor dalam mada 60 minit.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan.
  • Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang.

 

DISCAJ   (KELUAR WAD)

Pesakit akan diberitahu dalam masa 24 jam sebelum discaj

dan pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut:

  •      Kad temujanji
  •      Risalah rawatan susulan
  •      Surat rujukan kepada pakar, pegawai perubatan atau klinik swasta yang merujuk
  •      Nasihat yang tertentu.
Print article